Wednesday, July 22, 2009

RM254 BILLION - KE MANA?

Lucu Geli Geliman
mendengar Tun Det tiba-tiba tersedar diri menyoal
kemana perginya 'lion-'lion
apa terjadi pada RM254 'lion duit lombong.

Lucu Geli Geliman
mendengar Tun Det menyoal bertanya
padahal yang bertanya
lebih tahu dari yang ditanya.

nukilan,
Norman Fernandez
dalam bas JB-KL
22.07.2009

Monday, July 20, 2009

BILA KERAJAAN PAS ROBOHKAN GEREJA

Inilah gambar bangunan serba sederhana mirip rumah kos rendah yang telah dibina oleh Orang Asli Kg Jias, Gua Musang, Kelantan untuk digunakan sebagai gereja tetapi malangnya telah dirobohkan pada 4 Jun 2007 kerajaan PAS Kelantan.

Susulan dari itu, Tok Batin Kg Jias, Pedik Busu dan tiga orang pendududuk Kg Jiras pada 1 Julai 2007 telah memfailkan saman terhadap Majlis Daerah Gua Musang. Pejabat Tanah dan Dearah Gua Musang dan Kerajaan PAS Kelantan untuk angkara yang dilakukan.

Pada 16 Julai 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baru, Tuan Mohd Azlan Hashim telah mendapati perobohohan gereja yang dilakukan pihak berkuasa adalah tidak sah dan salah serta mendapati tindakan pihak berkuasa selepas merobohkan gereja mencuba mendirikan balai raya menggantikan gereja sebagai menceroboh tanah Orang Asli. Mahkamah telah memerintahkan bahawa ketiga-tiga Defendan membayar ganti-rugi.

Alasan pihak berkuasa untuk merobohkan bangunan ini adalah kerana Orang Asli Kg Jiras yang beragama Kristian telah membina bangunan ini sebelum mendapat kebenaran pihak berkuasa. Tetapi hakikat sebenarnya ialah bangunan itu dirobohkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana ia adalah sebuah gereja. Adakah pihak berkuasa tempatan akan merobohkan bangunan tersebut jika Orang Asli Kg Jiras mendirikan rumah ibadat agama lain yang disenangi pihak berkuasa dan kerajaan PAS? Malahan apabila pihak berkuasa menyatakan kesedian untuk membina sebuah balai raya (dan bukannya membina gereja) menggantikan gereja yang diroboh ditempat lain untuk Orang Asli Kg Jiras, ini menunjukkan dengan jelas betapa kurang senang PAS melihat kehadiran sebuah gereja.

Sebelum ini Barisan Nasional banyak dikritik kerana telah merobohkan tempat-tempat ibadah bukan Islam. PAS sebaliknya menonjolkan betapa toleran mereka terhadap orang bukan Islam. Tokong dan patung Buddha di Tumpat selalunya di tonjolkan sebagai mercu tanda bukti toleransi PAS dan dengan niat untuk meraih undi serta mendekati penggundi Cina. Perobohan gereja Orang Asli, Kg Jiras dalam negeri yang dipimpin kerajaan PAS wajar menginsafkan orang bukan Islam apa yang telah dilakukan dan berkebolehan dilakukan oleh kerajaan PAS.
KENYATAAN DAP JOHOR

DAP JOHOR mengecam majalah al-Islam dan rencana Tinjauan al-Islam: Dalam Gereja Mencari Kesahihan Remaja Murtad; al-Islam edisi Mei 2009 dan tindakan biadab wartawan-wartawan majalah al-Islam yang telah memasuki gereja Katolik dan menjalankan pengintipan didalam gereja serta menghina umat Katolik apabila menyertai upacara roh kudus dengan menerima roti suci yang hanya boleh disertai oleh orang katolik yang telah dibaptis yang kemudian di ludah dan dirakam gambar.

DAP JOHOR menggesa pihak polis demi memastikan keamanan dan silahturahim antara kaum terpelihara menyegerakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap majalah al- Islam dan wartawan-wartawan yang terlibat.

DAP Johor.
17hb Julai 2009