PEGUAM BELA TERTUDUH MASUK NERAKA?
Petikan dari Akhbar Metro Ahad bertarikh 11 April 2010 oleh Zaharuddin Abd Rahman.
HUKUM BELA ORANG SALAH.
HUKUM BELA ORANG SALAH.
Baru-baru ini saya menerima soalan berkaitan kerjaya peguam.
Ringkasan soalannya:
“Saya seorang pelajar undang-undang sivil dan syariah sebuah Institusi pengajian tinggi (IPT).”

“Baru-baru ini, saya ikuti satu ceramah berkaitan ‘Bolehkah peguam Muslim mempertahankan individu yang sudah mengaku kesalahannya’.
“Saya terperanjat apabila penceramah mengatakan Muslim boleh membela semua jenis anakguam yang datang kepada mereka walaupun mereka mengakui kesalahan dilakukan.”
“Antara hujahnya: Pertama, kerana tiada istilah bersalah terhadap seseorang selagi mana dia tidak disabitkan bersalah oleh hakim”.
“Kedua, si peguam hanya mendengar pengakuan daripada satu pihak (anakguam) bukan daripada kedua-dua belah pihak dan ketiga, kita tetap tidak akan disoal di akhirat kerana kita menjalankan tugas kita iaitu menegakkan kebenaran (terhadap anakguam)”.
“Adakah betul kita boleh membela semua anakguam yang datang kepada kita walaupun dia membunuh, merogol atau sebagainya, terutama bagi mereka yang mengaku (kerana penceramah tetap menghalalkannya atas dasar setiap insan ada hujahan di atas perbuatan)”.
“Jika itu tugasan yang dilakukan, bagaimana pula pendapatannya.”
Bagi saya, soalan itu sangat baik dan realistik. Menarik untuk dikaji dan dihurai lebih mendalam, cuma di ruangan ini saya hanya mampu memberi pandangan ringkas.
Memang benar, ada jenis kesalahan yang perlukan lebih daripada pengakuan seseorang. Contoh, Rasulullah SAW menolak pengakuan Maiz Bin Malik yang mengaku berzina sehingga pengakuan dibuat sebanyak empat kali, barulah baginda memutuskan hukuman terhadapnya.
Begitulah, mungkin benar, pengakuan seseorang masih belum mencukupi untuk kita meyakini dia bersalah dan tidak layak dibantu. Memang benar juga selepas segala pengakuan, bukti yang terpampang di depan kita semuanya menjadi saksi.
Tatkala itu, kita mungkin masih boleh membantunya dengan mempertahannya di Mahkamah selaku anakguam. Itu benar dan tugasan menjatuhkan hukuman akan tertanggung diatas bahu hakim.
Namun begitu, dalam Islam, peguam itu tidak boleh sama sekali terbabit dalam menyembunyi beberapa fakta dan bukti yang sudah kita peroleh ketika bersama anakguam kita.
Fakta dan bukti berkenaan sebahagiannya jika diperoleh oleh pihak pendakwa bakal membawa kepada sabit kesalahan terhadap anakguam kita.
Jika ia disembunyikan, ia jelas termasuk dalam perkara yang haram, manakala pendapatan hasil pembelaan itu juga menjadi haram.
Sebabnya, ia termasuk bantu membantu dalam perkara dosa, maksiat dan permusuhan serta menggagalkan keadilan daripada ditemui juga ditegakkan.
Sebagaimana Allah SWT mengharamkan seorang saksi enggan menjadi saksi dalam pembelaan keadilan : “Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil”. (al-Baqarah:282)
Maka tatkala peguam bela itu menjadi saksi kepada pengakuan anakguamnya walau di luar Mahkamah, peguam berkenaan sepatutnya menjadi saksi bagi menegakkan keadilan dalam kes terbabit.
Memang benar, keputusan akan dibuat oleh hakim tetapi cuba peguam bela memaklumkan dengan jelas dan terang kepada hakim juga mahkamah, bagaimana pengakuan anakguamnya di sebalik tabir berserta bukti yang mungkin ditemui peguam berkenaan sendiri.
Tatkala itu, seorang peguam yang bertanggungjawab sendiri faham dan tahu apakah hukuman yang bakal dijatuhkan oleh hakim.
Malangnya peguam bela, disebabkan dirinya mewakili anakguamnya, kerap menyembunyikan apa saja fakta serta data yang boleh menyebabkan anakguamnya didapati bersalah.
Ketika itu jelas kerja dan gajinya dalam kes terbabit akan sama ada jatuh syubhat atau lebih jelas lagi menjadi haram.
Bukankah jelas Rasulullah SAW pernah menjelaskan, jika seseorang peguam itu bijak berbicara sedangkan ia mengetahui anakguamnya bersalah.
Bagaimanapun, dia tetap menjalankan ‘tugasnya’ membela dengan segala jenis kepintarannya berhujah, sehingga akhirnya hakim meyakini perbahasannya lalu menjatuhkan hukuman yang salah.
Apakah yang akan menimpanya? Bacalah erti hadis dibawah : “Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk diselesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujah dari sebahagian lainnya, maka aku memutuskan hukuman berdasarkan apa yang ku dengar saja.
“Barang siapa yang ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujah), janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain : Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 392)
Justeru sangat jelas daripada hadis itu, tindakannya berhujah membantu si pesalah adalah salah di sisi Islam dan dikira melayakkan dirinya untuk dibakar oleh sepotong api neraka. Jika itu keadaannya, nescaya pendapatan daripadanya juga pasti haram.