ORANG MELAYU MASIH AKAN ADA GELANG PATAH
Orang Melayu masih akan ada di Gelang Patah
diceruk, pingiran dan di rumah-rumah rakyat
mengenang dan merindui
kampung-kampung warisan dan tanah-tanah
yang suatu ketika milik orang Melayu.
Orang Melayu masih akan ada di GelangPatah
Melihat hartanah-hartanah mewah
Yang sedang dibina
Yang telah dibina
Tidak mampu dimiliki orang Melayu
Kini di diami warga asing dan bukan Melayu
Dengan kereta-kereta bernombor plet Negara jiran di
laman rumah.
Orang Melayu masih akan ada di Gelang Patah
Merenung jauh dan mengimbas zaman silam
Ketika tanah-tanah masih milik orang Melayu
Kini hilang dengan pampasan ringgit tidak senilai tanah.
Orang Melayu masih akan ada di Gelang Patah
Duduk di warung-warung bersama secangkir kopi
Bicara tentang dahulu kala
Beromong tentang mereka si pagar makan padi
Yang kembali menabur janji untuk undi
Masih mahu membela orang Melayu di Gelang Patah.
Norman Fernandez
April 2013