Pada mulanya, ditimbulkan isu perpaduan dan PAS diajak bersatu dengan UMNO-Barisan Nasional atas alasan bahawa kedudukan Melayu selepas PilihanRaya Umum-12 (PRU-12) sudah terancam. PAS yang tidak buta pada sejarah lampau, sedar bahawa UMNO-Barisan Nasional sebenarnya memerlukan PAS untuk memanjangkan hayatnya. Malahan, pepimpin-pemimpin PAS sebaliknya menjemput UMNO untuk masuk PAS.
Kemudian tertimbul isu kalimah Allah. Apabila mahkamah membenarkan suratkhabar Katolik menggunakan "Allah' UMNO meradang marah. Pemimpin-pemimpin UMNO berbaris memberi amaran dan berbuih kemarahan mereka terhadap orang Kristian. Disana sini demonstrasi atas nama kebebasan demokrasi berlaku. Tetapi, orang bukan Islam melihat bagaimana PAS menghujah tentang penggunaan kalimah "Allah" secara ilmiah dan mengambil pendekatan muwajahah silmiah (secara aman). Tiada aksi liar, provokasi atau menakutkan orang bukan Islam. Tuan Guru Nik Aziz, sendiri secara tenang dan rational memberikan penjelasan tentang pengunaan kalimah "Allah" oleh bukan Islam.
Isu pengunaan "Allah", kemudiannya membawa kepada pembakaran, merosakan dan mencemarkan beberapa gereja. Didalam keadaan genting sedemikian, apabila pemimpin-pemimpin Barisan Nasional berpeluk tubuh, Tuan Guru Nik Aziz datang dari Kelatan dan menziarahi sebuah gereja yang terbakar dan mengecam perbuatan membakar rumah ibadat. Hanya selepas itulah, keluar politikus-politikus UMNO-Barisan Nasional meluahkan rasa simpati dan menghulurkan bantuan kewangan dan sebagainya. Gambar Tuan Guru Nik Aziz dengan wajah suram meninjau gereja yang terbakar membuat orang bukan Islam sebak hati dan memikat hati orang Kristian. Seorang rakan kristian saya menyatakan " in the most trying period, it was PAS that came to our aid and support". Malahan, apabila saya mendengar berita tentang gereja dibakar, saya terus SMS Y.B Kubang Krian, Salahuddin Ayub, "Y.B, please help us, my churches are being burned." Serta merta saya menerima SMS, "we will protect your churches, tell me what help you want". Saya menitis air mata membaca jawapan.
Isu Allah disusuli pelbagai isu dan setiap masa jerat dipasang untuk PAS, tapi yang termakan jerat bukanlah PAS.
Beberapa minggu dahulu kecoh isu Y.B Serdang masuk surau. Begitu bertubi-tubi Y.B Serdang diserang dengan kata-kata yang menyakitkan hati sehingga ada yang sanggup melabelkan beliau berada 'sentiasa dalam hadas besar". Pemimpin-peminpin PAS daripada bertindak seperti kera tertelah mercun, sebaliknya dengan rational menghuraikan dan memperjelaskan isu mengenai samada orang bukan islam boleh atau tidak boleh memasuki masjid dan surau. Orang bukan Islam melihat bagaimana Tuan Guru Nik Aziz sempat meluangkan sedikit masa memberikan nasihat dan tunjuk-ajar kepada Y.B Serdang. Rakyat melihat, orang bukan Islam memerhatikan kesederhanaan PAS.
Belum cukup reda isu ini, mencetus isu oleh Tan Sri Zainuddin Maidin yang kononnya selepas insiden 13 Mei 1969, ada pemimpin PAS yang mencadangkan kepada Perdana Menteri seketika itu Tunku Abdul Rahman untuk merampas harta kaum Cina. Hmmm... boleh percaya atau tidak ? Jika ini satu lagi perang saraf ataupun bertujuan membangkitkan kemarahan orang Cina terhadap PAS, Zainuddin Maidin perlu tahu bahawa rancangan jahat memburuk-burukkan PAS akan bersudahan seperti isu-isu yang lain yang gagal dalam membangkitkan kemarahan atau rasa benci orang Cina terhadap PAS. Orang Cina masih ingat tentang insiden 13 Mei 1969. Di Kelantan tidak satu rumah orang Cina dibinasakan, tidak seorang Cina dicederakan, tidak ada sesiapa yang mengarahkan orang Cina keluar daripada Kelantan, malahan tidak ada mana-mana orang Cina di Kelantan kehilangan seurat rambut pun. Sejarah menunjukkan sebaliknya Menteri Besar Kelatan pada masa itu, mengarahkan bahawa keselamatan orang Cina di Kelantan menjadi tanggungjawab kerajaan Negeri. Jadi Zainuddin maidin dan suku- sakat yang sewaktu dengannya, paham-pahamlah, usaha memburukkan PAS hanya akan makan diri.
Berhentikan sahajalah, Zainuddin !