Monday, December 04, 2006

JOHOR ASSEMBLYMAN DEFEND’S MALICIOUS SMS.

The Star 1st December reported that the Barisan Nasional Johor State Assemblyman for Kemelah Ayub Rahmat defended the controversial action of the woman who sent an SMS alleging the baptism of Muslims (read www.normanfernandez.blogspot.com) and further said that the SMS senders should not be blamed as ‘it was a wariness over the possibility of apostasy reoccurring”.

For a start it is mind boggling that a Johor State assemblyman would waste precious assembly time and demean the august Assembly by raising not only an issue which occurred in another state (Perak) but worst of all insult non muslims and particularly Catholics, by showing solidarity with the woman.

If he has nothing much to say and which obviously he doesn’t have, then he should shut up and conceal his ignorance and stupidity. It would have been better if he had given others the opportunity to speak. Even stranger was his ignorance or the matter which almost disrupted peace, security and harmony so much so that police and the government had to step in and quickly resolve the issue. Obviously he was oblivious to all these and was beyond comprehension for this small minded and myopic politician.

Instead of ticking off the woman who sent the malicious and false SMS and the Muslim mob which descended and disturbed a religious celebration at the Our Lady of Lourdes Church Silibin, the assemblyman found no wrong and to add insult to injury makes an open pronouncement justifying and approving their action. Would he approve should a Christian mob pursuant to a malicious and unverified SMS descend and gather outside a mosque.?

While one does not expect Muslim assemblymen to rebuke the said Assemblyman for his idiocracy, what is perplexing was the indifference and the muted silence of Non Muslim assemblymen from MCA, MIC and GERAKAN who neither had the courage to immediately stand up and rebuke the assemblyman nor call on him to retract the statement let alone stand up and clarify the issue. These are the leaders voters have entrusted their votes to !.

Stranger still is the assemblyman’s logic that “wariness” was the reason for the Muslim mob to gather outside the Silibin Catholic church. Perhaps the assemblyman ought to know that wariness is never a justification for mob reaction. In fact in such situation it becomes all the more important that one should act and think rationally in seeking and verifying the truth. That’s what sensible right thinking people and people guided by religion would do.

The action of the Kemelah assemblyman maybe is the face of a future Malaysia. If leaders like the Kemelah assemblyman cannot think rationally, what hope is there for the flock.
BERCAKAP ADA HUKUMNYA, BERUCAP ADA RUKUNNYA

Bahang dan kesan daripada mesyuarat perwakilan UMNO masih belum reda. Rata-rata gelagat dan ucapan beberapa perwakilan mendapat kecaman. Namun masih ada yang mempertahankan apa yang berlaku dalam mesyuarat UMNO tahun ini sebagai perkara biasa yang juga berlaku dalam mesyuarat parti-parti lain.

Suka atau tidak politik Malaysia adalah politik perkauman. Apatah lagi dengan hampir kebanyakkan parti- parti politik di Malaysia berteraskan perkauman sudah tentu matlamat utamanya adalah perjuangan untuk kaumnya.

Justru itu, sudah menjadi lumrah bahawa mesyuarat tahunan mana-mana parti yang berteraskan kaum, intipati mesyuarat, ucapan dan bahas akan menyentuh kepentingan kaumnya. Ini adalah hakikat dan sudah diterima semua. Kerana itulah apabila kedengaran laungan “bangsa, agama dan negara”, bangsa yang dimaksudkan bukanlah perjuangan untuk bangsa Malaysia tetapi perjuangan untuk kaumnya.

Nada mesyurat tahunan UMNO tahun ini bertukar daripada desakan kepada ugutan dan ucapan bertukar kepada hasutan perasaan kurang senang yang dipendam menjadi benci terbuka. Seolah-olah para perwakilan dalam mesyurat tahunan tahun ini mendapat lesen terbuka dan restu untuk bertindak sedemikian.

Untuk kali pertama kita menonton gelagat para perwakilan yang memberi tepukan gemuruh apabila wakil naik berang seolah-olah melepaskan perasaan dan pandangan yang selama ini terpendam. Ada wakil yang sekadar membidas kaum Cina. Tidak kurang juga yang begitu marah dengan kaum Cina. Malahan pemimpin serta parti komponen BN sendiri tidak terlepas dari bahang kemarahan para perwakilan.

Masyarakat bukan Melayu tergamak melihat wakil bahagian memberitahu perhimpunan bahawa keris telahpun dihayun, sudah pun dicium dan menghasut dengan persoalannya bila pula keris akan di gunakan. Lebih mengerikan adalah mendengar wakil yang bercakap pasal keris dibasahi darah. Amaran bahawa “amuk” yang juga digunakan dalam bahasa Inggeris adalah asalnya perkataan Melayu dan bahawa orang Melayu boleh naik amuk juga menjadi bahan bahas.

Tidak kurang rimas juga apabila melihat keris yang tidak bersalut dicium. Apabila di tegur, orang bukan Melayu di katakan tidak tahu budaya orang Melayu. Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa budaya hayun dan mencium keris mula wujud hanya dalam dua tahun kebelakangan ini. Kita tak pernah sebelum ini melihat Tun Abdul Razak ataupun Tun Hussein Onn menghayun dan mencium keris dalam mesyuarat tahunan.

Semua orang politik harus menerima hakikat realiti bahawa Malaysia ini bukan lagi dan tidak lagi kepunyaan mana-mana kaum. Jika lahir di sini kita berhak memanggil Malaysia negaraku. Juga semua harus akur bahawa suka atau tidak Malaysia adalah dan sudahpun menjadi negara berbilang kaum.

Justru itu, biarpun politik Malaysia masih berkobar dengan semangat perkauman dimana yang di pentingkan dan dipertengahkan adalah perjuangkan untuk bangsa, agama dan negara, namun orang politik tidak terkecuali daripada etika politik untuk bertindak sebagai politikus tanggungjawab (responsible politician).

Ini bermakna bercakap ada rukunnya dan berucap ada batasnya. Rukunnya ialah, sesuatu isu biarpun sensitif boleh pertengahkan secara rasional. Lihat bagaimana Mufti Shuib berucap. Tema ucapannya Melayu Kelas Ketiga Mentaliti Kelas Pertama dan Melayu Kelas Pertama Mentaliti Kelas Ketiga. Beliau tidak meracau tetapi mesej yang di sampaikan di akhir ucapan terusik dinaluri semua yang mendengar.

Tidak dapat dinafikan ada mereka apabila berucap bercakap dengan semangat berkobar-kobar dan mengapi-apikan. Malahan mereka menjadi pilihan dan tarikan ramai. Jika itu menjadi cara penyampaian hujahnya, beliau masih bertanggungjawab untuk memastikan bahawa ucapannya tidak menyongsang kearah hasutan dan ugutan sehingga menyemarakkan benci. Di kacamata orang rasional beliau ibarat samseng jalanan. Dahlah cakap pun semberono, mesej pula melampaui batasan. Inilah yang menjadi di mesyuarat UMNO kali ini.

Rukun kelima RukunNegara ialah “Kesopanan dan kesusilaan”. Ini adalah rukun hidup rakayat Malaysia. Namun apa yang di paparkan di mesyuarat tahunan UMNO kali ini ialah hasutan dan ugutan yang mencemar rukun kelima rukun Negara. Peribahasa Melayu menyatakan menang sorak, kampong tergadai. Ya, ucapan berapi-api mungkin telah mendapat tepukan gemuruh, tetapi cakap celaru sudah membawa padah. Orang bukan Melayu sudahpun berasa rimas dengan masa depan mereka. Pelabur asing mungkin juga akan membuat perhitungan mereka. asing ?