Friday, November 30, 2012

ELTON JOHN – PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK ORANG MUDA KATA NASRUDDIN HASSAN KETUA PEMUDA PAS

Mengikut pakar “sosiologi” dan juga merangkap sebagai Ketua Pemuda PAS, Elton John boleh meruntuhan akhlak pemuda-pemudi di Malaysia. Al-maklum, si-kitul ini tersohor bangat dengan kajian-kajian ilmiah dan saintifiknya. Bukankah dia yang pernah menggegarkan negara ini dengan kajian sensasi mengaitkan gejala pembuangan bayi dengan malam Tahun Baru dan Hari Valentine. Juga, saban tahun sebelum dua hari ini sudah menjadi satu kebiasaan untuk dia mula meracau dan meroyan menunjukkan otaknya sedang kekurangan oksigen.

Terkini dan seperti yang telah diduga, sebaik sahaja mendapat tahu konsert Elton John akan diadakan di Malaysia, mulalah si-bangang membuat perangai biasanya.. Mengapa? Sebab mengikut kajian si banggang ini, Elton John ini adalah satu ancaman yang amat bahaya kepada anak muda yang tidak boleh berfikir atau membezakan antara lagu. Maka, terpaksalah si-kitul ini memikul tanggungjawab mengelak anak-anak muda terpengaruh dengan Elton John. Maklumlah, si Elton John ini gay, jadi amat kemungkinan orang muda yang pergi ke konsert Elton John, lepas balik rumah akan terus menyodok abang atau adik lelaki mereka. Manalah tahu, jika orang muda ni, pergi sodok bapa mereka atau bapak mereka menyodok mereka pulak. Justru, mestilah berdemo mintak kerajaan batalkan konsert Elton John.

Sebenarnya, negara akan berterima kasih jika si-kitul ini boleh bentangkan statistik berapa ribu mamat yang telah menjadi gay gara-gara mendengar lagu Elton John atau disebabkan gaya hidup Elton John. Sebenarnya, saya begitu teringin hendak mendengar mengapa begitu banyak dan meningkat kes-kes bapa menyodok anak perempuan yang berlaku banyak di negara ini.