Friday, January 04, 2013

ANTARA AIR DAN AIR

Ada satu kampung, berzaman-zaman penduduk kampung berbilang kaum hidup bersebelahan tanpa masalah. Satu perkara yang semua orang kampung mementingkan ialah AIR di belakang kampung. Semua orang perlukannya dan semua orang faham bertapa pentingnya AIR itu kepada mereka. Dalam kampung itu, ada dua fahaman tentang istillah AIR iru. Kumpulan A kata AIR itu tetap AIR, tiada istillah persamaan. Kumpulan B pula selain gunakan istillah AIR, mereka juga gunakan istillah WATER, SHUI, THANNI untuk AIR bagi penduduk yang berlainan etnik. Kumpulan B juga kata AIR itu H2O1. 

Kumpulan A tidak kira etnik apa latar belakang apa wajib guna istillah AIR sahaja, kumpulan B pula selain AIR juga istillah yang lain, dan katakan AIR itu H2O1. Satu hari seorang pemimpin kampung dari kumpulan A lantang dalam mesyuarat kampung terang-terang kata memandangkan Kumpulan A menggunakan istillah AIR sahaja dan Kumpulan B pula TIDAK gunakan istillah AIR sahaja, malah mereka juga pakaiguna istillah WATER, SHUI, THANNI, dan percaya AIR itu H2O1, maka Kumpulan B telah menyekutukan AIR dengan Hidrogen dan Oksigen, maka konsep AIR mereka adalah “salah” dan “tercemar” dan “terkutuk”, sebab AIR itu hanya dan tetap AIR, tiada sekutu, ia tulen dan tetap AIR, jadi kalau Kumpulan B tidak memahami AIR itu secara Kumpulan A, maka istillah “AIR” itu tidak boleh dipakaiguna oleh mereka. Apatah lagi mereka percayakan 2 Hydrogen dan 1 Oksigen selain AIR, itu menyekutukan AIR yang tulen yang maha Satu, itu kesalahan besar dan akan menggelirukan penduduk Kumpulan A dalam kampung tentang AIR itu. 

Penduduk kumpulan B terbeliak mata bila mendengar semua itu dan tertanya-tanya apa yang sedang dibebelkan oleh pemimpin kampung itu lalu membantah larangan yang tidak berasas itu. Malangnya pemimpin Kumpulan A itu ada sokongan dan pengikut ramai yang memang tak suka kumpulan B. Maka mereka pun katakan kepada kumpulan B, kalau kamu nak berdegil gunakan istillah “AIR”, buktikan kamu juga gunakannya dalam Bahasa etnik lain dalam kampung, tak kira Mandarin ke, Tamil ke, Iban ke, Kadazan Dusun ke, tak kira, semua guna istillah “AIR” kamu baru boleh pakai istillah keramat itu, kalau tidak kamu bohong dan mempunyai agenda untuk mengelirukan golongan kami. Seorang bapak tua yang selalu celaru mulut pula kata kalau nak berdegil guna istillah “AIR”, jadi ahli Kumpulan A, kalau tidak, haram. 

Air itu satu sahaja, jangan nak pandai kata Air itu WATER lah, THANNI lah, SUI lah, H2O1 lah, itu plurarisme, itu kesalahan besar. Kamu kata AIR itu H1+H1+O1 (H2O1), itu tiga tu, padahal AIR itu hanya SATU. Konsep AIR kamu itu lain daripada kami punya. Jadi kamu memang patut dilarang pakaiguna istillah keramat itu. Istillah “AIR” kami punya, sebab kami taat kepada fahamannya, kamu tidak. Pergaduhan pun tercetus , bangunan laji penapisan AIR Kumpulan B dibakar ahli Kumpulan A, dan oleh kerana Kumpulan A dengan cara licik telah menguasai TV dan Surat khabar kampung, maka mereka mula melabel Kumpulan B biadap, degil, musuh dan sebagainya dalam Surat khabar dan TV, dan mengapi-apikan ahli kumpulan untuk membenci Kumpulan B dan menghadkan hak mereka untuk bersuara. 

Akhirnya Kumpulan B terpaksa pergi ke makamah kampung untuk mendapatkan keadilan dan melindungi diri mereka daripada fitnah-fitnah yang dilempar oleh Kumpulan A. Makamah setelah dapatkan bukti fakta memutuskan Kumpulan B boleh gunakan Istilah “AIR”. Kumpulan A pun mengamok. Mereka pergi ke laji air mereka dan bersorak-sorak membantah keputusan makamah, berarak di jalan kampung mengancam keselamatan Kumpulan B dan sebagainya. Sehingga hari ini, perbalahan yang tercetus daripada penggunaan Istillah itu masih berterusan, dan semua kampung berhampiran ketawa kuat setiap kali mereka bercakap tentang Kampung yang aneh itu. Nah, dengar tu, mereka ketawa lagi….alahai….