Kita tidak perlu bersengketa
kamu dan saya
tentang empunya nama NYA.
Biarlah…
bila kamu dan saya
sampai di syurga
kita tanya pada pemilik nama
siapa antara kita
layak menggunakan nama NYA
kerana hanya empunya nama
boleh menjawab
boleh menentukan.
Hasil Nukilan, Norman Fernandez