SELEPAS 52 TAHUN BN, LIM GUAN ENG MEMBELA NASIB MASYARAKAT MELAYU PULAU PINANG
Termakbul sudah impian dan matlamat Barisan Nasional merebut melalui mahkamah, tampuk pimpinan kerajaan negeri Perak. Kini Barisan Nasional dan khususnya UMNO mensasarkan Pulau Pinang yang dipimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui DAP. Maka, terserlah kebelakangan ini agenda harian memburuk-burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Bertubi-tubi tomahan dilemparkan terhadap DAP dan Lim Guan Eng oleh media arus perdana serta beberapa keparat dari Parti Keadilan Rakyat mengganyang DAP dan Lim Guan Eng. Kononnya, DAP dan Lim Guan Eng dikatakan sedang menindas orang Melayu, meminggirkan orang Melayu,menzalimi orang Melayu serta menghina agama Islam.
Apa yang lebih menakjubkan ialah tuduhan melulu bahawa Lim Guan Eng adalah seorang cauvanis dan rasis dan malahan bersifat kominis. Lim Guan Eng cauvanis dan rasis ? Jika Lim Guan Eng seorang yang cauvanis dan rasis, apakah beliau yang berketurunan Cina sanggup kedepan membela dan menuntut keadilan untuk seorang wanita Melayu bawah umur yang dikatakan telah dirogol oleh seorang ahli politik. Tiada kedengaran atau kelihatan semasa itu suku-sakat yang melaungan kesedian membela bangsa, agama dan negara tampil kedepan untuk membela martabat perempuan sebangsa dan seagama yang teraniaya. Bukan sahaja Lim Guan Eng membela wanita Melayu tersebut tetapi juga reda merengkok 18 bulan di penjara demi dan kerana membela wanita Melayu. Apakah, UMNO-Barisan Nasional boleh menunjukkan mana-mana ahli mereka yang telah melakukan pengorbanan seperti yang dilakukan Lim Guan Eng.
Dalam keghairahan menganyang DAP dan Lim Guan Eng yang dikatakan sedang meminggirkan, menindas, dan menghina orang Melayu dan Islam, apa yang tidak didedahkan atau dipersoalkan ialah mengapa lebih 52 tahun Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, keadaan masyarakat Melayu Pulau Pinang begitu tercorat kebelakang. Tidak dipersoalkan apa yang sebenarnya telah dilakukan mantan Perdana Menteri yang berasal dari Pulau Pinang untuk masyarakat Melayu Pulau Pinang semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Namun, dua tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau telah membawa perubahan paradigma dalam masyarakat Melayu Pulau Pinang sehingga masyarakat Melayu Pulau Pinang di bela dengan adil dan saksama.
Jika masih sangsi, bacalah seterusnya apa yang telah dilakukan Pakatan Rakyat, DAP Pulau Pinang dan Lim Guan Eng.
www.malaysia-today.com
Kini jelaslah, siapa sebenarnya yang telah dan sedang menjaga serta membela masyarakat Melayu Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment