Hormatlah Bendera Sesebuah Negara
Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) masih meneruskan protes dan demonstrasi terhadap Malaysia. Semua gara-gara mengikut kumpulan ini memprotes tindakan penguatkuasa Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan yang telah menahan tujuh nelayan Malaysia. Sudah tentu kedua-dua pihak mempunyai versi tersendiri mereka mengenai apa yang sebenar telah berlaku dan apa yang membawa kepada penahan nelayan dan anggota penguatkuasa.
Rakyat Malaysia terkejut dengan aksi kumpulan BENDERA. BENDERA bukan sahaja setakat memprotes dan berdemonstrasi di hadapan Konsulat Malaysia di Jakarta, tetapi juga menunjukkan aksi liar seperti memijak dan meludah pada bendera Malaysia. Aksi yang paling kurang ajar dan menghina ialah tindakan memalitkan najis pada bendera Malaysia dan melemparkan najis ke perkarangan konsulat Malaysia. Hairan, juga mengapa polis Indonesia berpeluk tubuh dan tidak membuat sesuatu apabila tindakan memprotes dan berdemonstrasi menular kepada kebiadapan.
Justru itu tidak hairanlah rakyat dan politis-politikus di Malaysia yang tersinggung dan marah dengan tindakan BENDERA dan mengecam kumpulan BENDERA.
Bendera sesebuah negara adalah simbol kedaulatan negara dan wajib dihormati. Kita wajib menghormati dan setia kepada bendera negara kita, kita juga mengharapkan orang lain juga menghormati bendera negara kita dan lanjutan daripada itu, kita juga perlu menghormati bendera negara lain Kita boleh marah dengan kerajaan sesebuah negara kerana tidak setuju dengan keputusan ataupun tindakan kerajaan negara tersebut, tetapi kemarahan kita tidak patut terlanjur sehingga mencemarkan bendera negara tersebut.
Dalam kita mengencam tindakan biadab kumpulan BENDERA, kita juga perlu imbas tindakan kumpulan-kumpulan, NGO-NGO dan penyokong-penyokong serta politikus-polititus di Malaysia yang sering kali apabila memprotes dan berdemonstrasi terhadap satu keputusan atau tindakan yang diambil oleh kerajaan tersebut menunjukan bantahan kita dengan memijak dan membakar bendera negara tersebut. Yang lucunya, mereka yang memijak dan membakar bendera negara negara lain tidak berhenti untuk seketika untuk berfikir bahawa negara tersebut menjana ekonomi negara kita. Ya, memang kita marah dengan sesuatu keputusan atau tindakan kerajaan mereka, tetapi perlukah kita menunjukan kemarahan sehingga memijak dan membakar bendera negara mereka. Apa salah rakyat biasa negara tersebut.
Jadi wajarlah kita ambil iktibar bahawa sekiranya kita terasa hina dan tersinggung dengan tindakan orang luar mencemar bendera kita, janganlah kita juga buat seperti yang dilakukan oleh kumpulan BENDERA terhadap bendera negara lain.
Monday, September 06, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment