Monday, June 11, 2012


KENYATAAN AKHBAR - 
PENGUMUMAN DAP JOHOR AKAN BERTANDING DI KERUSI PARLIMEN GELANG PATAH DAN KERUSI DUN JOHOR JAYA


DARIPADA :

NORMAN FERNANDEZ
Timbalan Pengerusi DAP Negeri Johor


KEPADA      :          

Ketua-Ketua Pengarang Akhbar dan Media Massa


PER :   PENGUMUMAN DAP JOHOR AKAN BERTANDING DI KERUSI PARLIMEN GELANG PATAH DAN KERUSI DUN JOHOR JAYA

1    DAP JOHOR hari ini membuat pengumuman resmi bahawa DAP JOHOR akan bertanding untuk kerusi Parlimen Gelang Patah dan kerusi DUN Johor Jaya.

Pengumuman resmi ini adalah untuk menjernihkan kenyataan dan pengumuman terbuka pimpinan PKR Negeri dan khususnya Pengerusi PKR Negeri Johor Dato Chua Jui Meng bahawa kedua-dua kerusi tersebut adalah milik PKR. Usul parti DAP bertanding ini telahpun dipersetujui dan di putuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan DAP Negeri Johor.


2        DAP JOHOR telah sebelum ini telah menggunakan segala cara termasuk runding-cara  memberi alasan-alasan kukuh kepada PKR mengapa kedua-dua kerusi ini layak dan patut ditandingi parti DAP, namun PKR enggan menerima atau menimbang alasan-alasan yang dikemukakan DAP dan  malahan enggan berganjak dari memberi laluan kepada parti DAP.


3        DAP  pernah bertanding dikedua-dua kerusi ini dan sebelum ini demi kemuafakatan pembangkang, pada tahun 2004 di atas permintaan Pengerusi PKR Negeri Johor pada masa itu Razak Ahmad, dan selepas satu persefahaman telah dicapai, DAP Johor telah memberikan laluan untuk PKR  bertanding di kerusi Parlimen  Gelang Patah pada PRU 2004 dengan syarat yang dipersetujui bahawa kerusi Parlimen Gelang Patah akan dikembalikan dan ditandingi parti DAP pada PRU 2008.


4         DAP Juga pernah bertanding di kerusi tradisi DUN Johor Jaya dan pada tahun 2004, PKR walaupun menyedari bahawa kerusi Johor Jaya kan ditandingi parti DAP, mengingkari kemuafakatan pembangkang dengan sengaja meletakkan calun PKR dikerusi DUN Johor Jaya pada tahun 2004 yang berakhir dengan calun PKR hilang deposit.

            Jelas, PKR tiada berpegang kepada janji atau pada kemuafakatan.


 5      DAP pada tahun 2008 hanya bertanding di 6 kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN. Sebaliknya, PKR sebuah parti baru bertanding di 11 Parlimen dan 10 kerusi DUN.
 

6      Adalah niat murni, parti DAP Johor untuk menggelak terjadinya pertandingan tiga penjuru, dimana-mana kerusi Parlimen  dan kerusi DUN di negeri Johor, namun tindakan dan kenyataan-kenyataan pimpinan PKR Johor masa kini, telah membuat DAP atas permintaan rakyat dan ahli-ahli DAP, tiada cara tetapi untuk akur kepada permintaan rakyat dan ahli-ahli DAP untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah dan kerusi DUN Johor Jaya.



Norman Fernandez
Timbalan Pengerusi
DAP Negeri Johor
11hb Jun 2012

No comments:

Post a Comment