Tuesday, July 24, 2012


Nasruddin Hassan Nakbah Bagi Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan adalah nakbah yang telah melanda Pakatan Rakyat. Kadang-kadang benak hati saya bertanya jika si-kitul ini adalah kuda tunggangan Barisan Nasional atau makhluk yang diutuskan izazil untuk meranapkan  Pakatan Rakyat dan sekali gus impian PAS.

Siapa tidak tahu tentang Nasruddin Hassan yang dapat diharapkan untuk mengeluarkan nas-nas yang tak masuk akal. Ingat tentang kajian ilmiahnya yang menggegarkan Malaysia apabila beliau mengaitkan Hari Valentine dan Malam Tahun Baru sebagai punca pembuangan bayi. Juga tabiat peliknya yang gemar menggunakan perkataan "non" dan pantang menggunakan perkataan "bukan" bila merujuk kepada orang bukan Islam. Tapi geram saya kepadanya bukan kerana semua ini.

Betapa bezanya si- dia dengan Salahuddin Ayub yang tegas prinsip, terbuka untuk berbincang dan serdahana dalam bicara. Salahuddin berpijak di bumi realiti, jadi bila dia berkata sesuatu atau mengulas tentang sesuatu isu, Salahuddin berfikir dahulu sebelum bercakap. Berbeza ketara Salahuddin dengan foot-in-the mouth Nasruddin.

Nasruddin mungkin bodoh banggang untuk sedar bahawa setiap kali beliau buka mulut mengulas atau bercakap tentang hudud Pakatan Rakyat menjadi mangsa kebodohannya. Bukan itu sahaja, saudara-saudara saya seperti Sdr Syed Osman, Sdr Suhaizan Kayat, Sdr Mazlan Aliman, Sdr Zulkifli Ahmad, Sdr Rosli Kemin, Sdr Aminulhuda nescaya akan menerima tempias. Saya memanggil  mereka ini sebagai saudara, sebab persahabatan dan keakraban yang telah dibina sudah lebih sedekad. Kerana itulah, saya benar-benar mahu saudara-saudara saya ini dari PAS dan juga Sdr Salahuddin Ayub menang pilihanraya ini di Johor. Saya mahu melihat Sdr Salahuddin Ayub menjadi Menteri Besar Johor. Malangnya impian mereka mungkin akan dilenyapkan gara-gara perbuatan Nasruddin yang tidak tahu realiti politik Johor berbeza dengan Kelantan atau Trengganu.

Nasruddin Hassan bodoh sombong untuk menerima hakikat bahawa hudud tiada dalam dasar Pakatan Rakyat dan PAS pula bercakap tentang Negara Kebajikan. Yang asyik mengungkit-ungkitkan hudud ialah Nasruddin Hassan dan mereka yang sewaktu dan sealiran dengannya. Kalau dah dalam satu pakatan, pakatlah bersama untuk mencapai matlamat. Bukan sahaja Karpal Singh seorang tetapi DAP dalam Pakatan Rakyat tidak akan menerima perlaksanaan hudud. Saya percaya PKR pun sama. PAS pun kini bercakap tentang Negara Kebajikan, bukan tentang hudud. Hudud tiada dalam Common Policy Pakatan Rakyat. Jadi tak payahlah bangkit-bangkit.

Masalahnya bila Nasruddin Hassan cakap tentang hendak melaksanakan hudud, maka ia menjadi berita besar dalam suratkhabar Cina. Tambah dengan berita hukuman hudud di Afganistan seperti perempuan yang dikhabarkan telah melakukan zina ditembak mati, lelaki yang mencuri kaki dan tangannya diikat pada empat kuda yang diletak dalam arah bertentangan dan apabila seekor kuda di sebat sekali sahaja, bertempias larilah semua kuda sehingga berkecai kaki dan tangan dari badan. Inilah hudud yang digambarkan kerana orang Afganistan juga akan berpendapat inilah hudud biarpun dinafikan Nasruddin Hassan.

Nasruddin Hassan tidak sedar saudara-saudara saya jika hendak menang di Johor perlu undi kaum Cina. Permas, Kempas atau Pulai bukan seperti Marang atau Nilam Puri. Jadi apabila dalam suratkhabar Cina terpampang gambar kaki dan tangan yang berkecai dan tembak mati mengingatkan pengundi Cina bahawa  inilah yang menanti jika menggundi PAS dan Pakatan Rakyat, tidak mustahil pengundi Cina akan mula menjadi rimas dan mungkin membuat keputusan menggundi Barisan Nasional. Better the known devil than the unknown angel, bak kata orang putih.

Nasruddin Hassan yang bernafsu  timur tengah dan mungkin teringin melentur Malaysia dalam acuan ini, tidak berfikir bahawa Malaysia adalah negara majmuk dan hampir separuh rakyat Malaysia dari orang bukan Islam. Malangnya, Nasruddin Hassan tidak berpijak dibumi realiti. Nasruddin Hassan boleh cakap sampai kering tekak bahawa "non- muslim" (menggunakan gaya Nasruddin) tidak akan dikenakan hudud tapi orang bukan Islam tidak percaya dan malahan banyak soalan timbul yang sampai hari ini di sorok tidak dijawab kegusaran orang bukan Islam. Contoh, jika seorang Islam merogol seorang perempuan Cina memakai skirt. Apakah mangsa perlu beri keterangan di mahkamah syariah ? Jika perogol bawa saksi dan mangsa bawa saksi, adakah saksi orang Islam akan lebih dipercayai. Bukankah jika mangsa dan saksi hadir dimahkamah syariah, ini bererti mereka tunduk kepada mahkamah syariah? Bagaimana pula jika seorang Muslim masuk ke kedai arak kepunyaan orang Cina dan mencuri dan juga membinasakan botol-botol arak. Apakah hudud akan terpakai atau mahkamah akan menerima pembelaan mencegah mungkar dan melepaskan dia dari hukuman hudud. Banyak lagi kemuskilan dikalangan orang bukan Islam tentang hudud dan hakikatnya ialah mereka tidak akan menerima PAS atau Pakatan Rakyat jika melaksanakan hudud menjadi agenda. Lebih baik mereka menggundi BN.

Nasruddin juga perlu sedar bahawa orang bukan Islam tidak akan membeli hujahan dia bahawa hudud tidak akan dilaksanakan kepada orang bukan Islam bila pada tahun 1999 Tuan Guru Hadi Awang sendiri telah mengatakan secara terbuka hudud akan juga dipanjangkan kepada orang bukan Islam. Its on record.

Jadi, memandangkan PAS sudahpun mengguna-pakai istillah Negara Kebajikan, hudud  tiada dalam agenda Pakatan Rakyat dan juga tahu pandangan DAP, eloklah jika Nasruddin Hassan berhenti membangkitkan perlaksanaan hudud.

Jika Nasruddin Hassan masih ingin mewawarkan isu ini, maka PAS khususnya di Johor mesti bersedia untuk direjam oleh penggundi Cina dan DAP juga menerima hukuman kerana bersyubahat. Kita mahu PAS menang lebih di Johor, kita mahu DAP menang lebih banyak di Johor, kita mahu PKR pun untuk mengecap kemenangan. Kita mahu Pakatan Rakyat menang di Johor.

Justru itu dan memandangkan kita diambang pilihanraya, mesej lantang kepada Nasruddin Hassan ialah "Shut your freeking mouth" (cuba rujuk dalam kamus atau google untuk maksud). Belajar untuk bercakap dan bertindak sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat dan kemenangan. Terimalah apa yang telah dipersetujui dan diputuskan pimpinan pusat Pakatan Rakyat. Cuba. Jangan ranapkan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment